Saturday, 30 June 2012

Syamille Agro Farm & Resort

Destinasi kami seterusnya adalah Syamille Agro Farm & Resort. Bahasa ringkasnya boleh saya katakan resort ini adalah "SUPERB". Saya sebagai anak jati Kuala Kangsar sendiri tidak menyangka ada resort secantik ini di tempat saya. Mungkin kerana terbiasa didedahkan dengan destinasi popular  menyebabkan saya terlepas pandang akan resort ini.
Pada awalnya dibina kerana hobi dan tempat percutian peribadi. Namun mungkin kerana ingin berkongsi rasa tenang bercuti di tepi kaki bukit dengan anak sungai mengalir menyebabkan pemilik membuka resort ini kepada pengunjung. Lanskapnya memang hebat kerana tidak langsung mengganggu persekitaran alam semulajadi. Yang menariknya resort ini menggunakan element batu dan kayu sebagai asas. Kayu landasan keretapi lama digunakan secara meluas di sini...memang MENGANCAM..amat sesuai bagi si peminat kayu dan seni taman....sesuatu yang merugikan sekiranya tidak bermalam di sini kerana suasana nyaman kaki bukit boleh membuatkan kita lebih tenang dan tenteram....
Selain lanskap yang begitu menarik,pengunjung juga boleh melawat haiwan ternakan seperti rusa,kambing,burung merak, lebah dan juga haiwan eksotik seperti landak. Ini sudah pasti akan menarik minat anak-anak kecil kita dan juga berpeluang untuk lebih dekat dengan haiwan tersebut dengan diiringi petugas yang bertauliah.
Satu lagi daya tarikan di sini adalah buah-buahan tempatan. Macama-macam ada......hehe...cempedak, nangka, limau nipis, dokong, mata kucing,durian, rambutan, langsat, kelapa muda, limau madu, belimbing dan jambu batu. Pengunjung yang menginap di sini boleh menikmati buah-buahan tersebut secara percuma sekiranya tiba musim buah....mudah sahaja..petik sendiri dan makan....kena lak tepi sungai...perggghhhhh!!!!...memang masyukkkkk!!!!...
Saya juga difahamkan ada 15 pelajar tahfiz yang dibiayai penuh oleh pemilik resort ini dan dikenali sebagai Ma'had Tahfiz AnNuri. Amat sesuai bagi penghafal Al-Quran untuk mengingati setiap baris ayat suci kerana susana tenang damai di sini. Di kelilingi hijau daun,kicauan burung dan bunyi air sungai yang begitu mengasyikan.
Secara peribadi saya amat-amat berpuas hati dengan Syamille Agro Farm & Resort. Lanskap yang indah,bersih,teratur dan juga suasana persekitaran yang menenangkan.Tidak dilupakan juga adalah layan mesra para pekerja. Resort ini amat sesuai untuk aktiviti keluarga kerana melangkah masuk sahaja kita sudah merasai kelainannya. Bagi memudahkan pengunjung yang bercuti, pihak resort ada menyediakan pakej makanan dan juga pakej BBQ.
Jadi apa tunggu lagi...JOM KITE BERCUTI DI SINI.....confirm BEST!!!!!!!!!!!....RELAKS...DAN TENANG!!!!!!!!!!!.....

No comments:

Post a Comment