Seterusnya kami ke CitaCita Village yang tak jauh jugak dari Jeti Tanjung Harapan ....alhamdulillah dapat hubungi Kak Yah dan suami, Encik Aziz...Seperti dijanjikan pasangan tersebut sampai ..bukak je pintu pagar saya dah teruja melihat lanskap yang memang kampung sungguh...suasana perkampungan melayu di tepi tasik..."SUPERB"...!!!!!!!!! ada 5 buah rumah Melayu Perak di situ....antaranya rumah bumbung limas,rumah bujang dan rumah kutai...memang MENARIK!!!!!!!!!!!!!!
Pemandangan sekitar memang mengkagumkan..nyaman dan tenang....langsung tiada bunyi kenderaan mahupun hiruk-pikuk orang ramai....amat sesuai untuk menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan hidup di alam nyata....
Saya difahamkan oleh Encik Aziz, kebanyakan tetamu adalah "Mat dan Minah Salleh" dan jugak kaum Cina dari KL dan Singapura.... boleh dikatakan serata dunialah customer En.Aziz ni....mungkin dia orang mencari sesuatu yang berbeza..sesuatu yang tak dapat di tempat lain....jadi sesiapa yang berminat untuk menginap di sini akan ada 2 pilihan..sama ada memilih untuk tinggal di Chalet Ala kampung Konsep (CitaCita Village) atau pun bercuti di pulau di tengah tasik (SukaSuka Lake Retreat) yang mengambil masa 10 minit menaiki bot dari jeti. Istimewanya di pulau tersebut..kemudahannya adalah "very basic"...tiada kipas angin dan air-cond untuk mengekalkan suasana "natural" alam semulajadi. Jadi sesiapa yang menginap di situ boleh diibaratkan "King of The Island"...sebab memang "isolated"....tiada orang lain cuma bersahabat dengan alam je....hehehe...
Penginap boleh memilih pakej 2D1N ataupun 3D2N lengkap dengan pakej makan sekali.Yang bestnya masakan adalah air tangan Kak Yah sendiri...masakan melayu tradisional...memang sedap..yang kelakarnya ada pelanggan mat salleh beri rating 9.5....hehehe..gulai tempoyak...Berkenaan aktiviti, Encik Aziz ada menawarkan pakej memancing,melawat sekitar tasik dan berkayak. Sekiranya ada permintaan pihak chalet boleh mengadakan persembahan kompang dan yang terbaru atas cadangan saya sendiri persembahan Cak Lempong...yang ni memang best..ASYIK dan TERASA di alam KAYANGAN je.....
Apa yang boleh disimpulkan di sini....tempat ini memang menarik dan teruja bagi siapa yang meminati suasana alam semulajadi....udara nyaman..bunyi burung berkicauan...daun-daun kering berguguran..dan juga bunyi cengkerik akan sentiasa menemani anda disini...saya yakin ini memang DESTINASI PILIHAN!!!!!!!!!!....
No comments:
Post a Comment