Sunday 17 November 2013

Package 21 : Medan Lake Toba 3D2N Group Tour

Salam Sejahtera dari kami di Sealife Travel & Tours Sdn Bhd (KPL/LN No: 7166) ingin menawarkan pakej percutian berkumpulan Medan/Lake Toba untuk 3 hari 2 malam. 1 malam di Parapat & 1 malam di Berastagi Harga yang dipaparkan adalah bagi setiap seorang:- 04 - 15 orang (RM 460.00 Standard) / (RM 495.00 Deluxe) 16 - 29 orang (RM 415.00 Standard) / (RM 450.00 Deluxe) 30 - Up (RM 385.00 Standard) / (RM 420.00 Deluxe) Child with bed RM 365.00 / Child without bed RM 275.00 (Standard) Child with bed RM 395.00 / Child without bed RM 295.00 (Deluxe) Harga termasuk:- *penginapan bilik hotel 3 hari 2 malam *makan minum (meals as per itinerary) *pengangkutan Air-Cond *tour guide untuk GIT (12 pax -up) *driver cum guide for FIT (02-11 pax) *entrance fee *parking *feri ke Samosir Island (mineral water upon arrival) Tidak termasuk:- *perbelanjaan peribadi *optional tour *airport tax *air fare *insurance *tipping tour guide / driver RM8.00 per person per day *surcharge during peak season Untuk tempahan: Amir (012-5215-075) ITINERARY : 3D/2N MEDAN LAKE TOBA TOUR (1N PARAPAT & 1N BERASTAGI) DAY 1: ARRIVAL MEDAN - PARAPAT (L,D) You will be greeted by our tour guide/drive cum guide on arrival at Kuala Namu International Airport in Medan. Transfer to local restaurant for lunch. After lunch, proceed to Parapat Lake Toba. Enroute stop at Patent Shop to buy local food products such as Teng Teng or Ting Ting. Arrive at Parapat, a town on the shore of Serene Lake Toba. Check in to hotel for accommodation. Dinner at hotel. DAY 2: PARAPAT - SAMOSIR ISLAND - PARAPAT - BERASTAGI (B,L,D) After breakfast at hotel, cruise Lake Toba by ferry boat at about 45 mintues. Visit Tomok Village to see the ancient tomb of King Sidabutar, then visit Amvarita Village to see the famous stone chairs and execution place of King Siallagan (ony for groups with minimum of 10 persons). Back to Parapat. Transfer to local restaurant for lunch. After lunch tour continues to Berastagi. Enroute stop at Simarjarunjung to enjoy ginger tea and fried bananas (personal expenses). Stop at Sipiso Piso Waterfall to see the magnificient 110 meters tall waterfall and an extraordinary view of Lake Toba from the north side. Proceed to Berastagi. Uponarrival in Berastagi visit the Central Fruit Market to buy tropical fruits, vegetables and flowers. Check into the hotel, where you will be having dinner. DAY 3: BERASTAGI - MEDAN - AIRPORT (B) Breakfast at Hotel, back to Medan. depart for Medan upon arrival in Medan visit Maimoon Palace to see the Palace of the Sultan of Deli which was built in 1888. Visit batik Center. Transfer to the airport to your next destination. Feel Lovely with us! END YOUR TOUR HOTEL USED 2014 STANDARD CATEGORY PARAPAT - Danau Toba Cottage 3* / Patra Jasa 3* / Quality 3* BERASTAGI - Harison 3* / Danau Toba Cottage 3* MEDAN - Garuda Plaza 3* / Karibian 3* / Antares 3* DELUXE CATEGORY PARAPAT - Niagara 4* BERASTAGI - Grand Mutiara 4*/Mikkie Holidays 4*/Sibayak Hotel 4*/Sinabung Hotel 4* MEDAN - Soechi 4*/Grand Elite 4*/Hotel Danau Toba 5*/Asean Hotel 4*

Thursday 11 July 2013

Sun Beach Resort, Tioman...."..a great resort for your great holiday.."

Sun Beach Resort, Pulau Tioman

...with it's variety of clean, charming and well appointed accommodations situated directly on the beach and spreading up the lush mountainside. Sun Beach Resort will capture your imagination and your heart.

...outside the Malay style chalets awaits the natural beauty of the legendary Tioman Island. The island is covered in lush vegetation and the resort is home to an assortment of flowering plants and tress that fill the air with their tropical fragrances. Beyond the golden sand beaches lays the crystal blue waters of the South China Sea that summer in the sun. Below water lie the immense corals, home to playful fish in every color of the rainbow. All this is set to the rhythmic sound of the surf that is sure to relax, rejuvenate and inspire.
  
...with 57 chalets, the resort can accommodate 200 happy guests at a time. Sun Beach Resort offer a wide range of accommodation options including of 2 unit Executive Family Suite, 1 unit Ocean View Suite, 4 unit Junior Suite, 16 unit Deluxe Chalets, 22 unit Standard Chalets and 12 Budget Chalets. Guest are also offered a host of activity and services provided by the warm and diligent staff.

Friday 22 February 2013

Pulau Pangkor RM250 3D2N..."Value for Money"


Salam Sejahtera dari kami di SEALIFE TRAVEL & TOURS SDN BHD!

Kami menawarkan harga pakej MENARIK bagi pakej budget untuk Pulau Pangkor 2013....!!!

Hanya RM250.00 setiap seorang (Minimum 10 orang)  pakej lengkap 3Hari 2 Malam....Terbukti berbaloi-baloi...!!!!

RM250.00 setiap seorang (Kanak-kanak 75% dari rate orang dewasa 3-11 tahun)

Pakej termasuk:-
(1) Penginapan 3 hari 2 malam di Seagull Beach & Village Resort, Teluk Nipah (90 meter dari pantai)
(2) 5 x makan (2 breakfast + 1 lunch + 1 dinner + 1 bbq dinner) - sedap!!!!..mendapat pujian dari guest-guest yang pernah menginap.
(3) Tiket feri pergibalik (Lumut-Pangkor-Lumut)
(4) Pengangkutan pergibalik di pulau (Jeti-Resort-Jeti)
(5) 4 aktiviti menarik
     *snorkeling & island hopping
     *berkayak
     *banana boat ride
     *pusing pulau (van - 2,3 jam)
     (tak perlu runsing lagi tentang aktiviti di pulau...anda boleh pilih waktu sendiri untuk aktivit tersebut)
(6) 1 x karaoke (CD bawa sendiri)
(7) Wakil syarikat kami akan menguruskan ketibaan anda di jeti Lumut sehingga check-in di resort.

Nota: Surcharge RM30 setiap bilik/setiap malam bagi cuti sekolah dan cuti umum.

Apa lagi....tempahlah sekarang...!!!!!!...murah dan lengkap!!!!!!!...JOM PANGKOR!

Wednesday 26 December 2012

Day Trip Kuala Kangsar

Salam Sejahtera dari kami di Sealife Travel & Tours Sdn Bhd.....!!!!!

Melihat pelancong "Mat Salleh" dan "Minah Salleh" yang kelihatan terpinga-pinga sambil memegang peta Kuala Kangsar membuatkan saya terpanggil menyediakan pakej  "Day Trip" ini. Diharapkan usaha saya yang tidak seberapa ini mampu mengisi kekosongan tanggungjawab sosial yang saya rasakan perlu.

Kuala Kangsar bukan hanya berkisar tempat-tempat yang menarik yang perlu dilawati tetapi lebih dari itu. Mendalami kehidupan harian masyarakat di sini mungkin lebih memberi makna terhadap percutian anda. Masyarakat yang majoritinya melayu amat bersopan santun dan mudah bergaul dengan kaum-kaum yang lain. Orang-orang disini amat membantu dan friendly.....tetapi pelancong-pelancong memerlukan lebih dari itu. Apa yang saya maksudkan adalah "hospitality"...pengalaman bercuti dan melancong..membuatkan saya berasakan "HOSPITALITY" merupakan nadi pelancongan....cara layanan amat perlu dititikberatkan. Saya agak sedikit kecewa bila kakitangan di sebuah resort tempatan kelihatan "blur" dan tak tahu apa nak jawab bila penginap di resort itu bertanya apa yang menarik dan tempat menarik di Kuala Kangsar ini. Jawapan staff tersebut amat mengecewakan...."tak tahu la bang!!!!"....nasib baik lah flyers yang saya bekalkan dapat membantu.

Nak di jadikan cerita tetamu di resort tersebut membuat panggilan telefon ke nombor pembantu saya untuk bertanyakan "Day Trip Kuala Kangsar"...dari pertuturannya tergambar rasa teruja untuk melihat lebih dalam lagi keistimewaan Bandar Diraja ini. Seperti yang dijanjikan tepat jam 9.15am saya dan Amy sampai di resort tersebut. Setelah bersedia kami menuju ke Simpang Lawin untuk sarapan pagi. Alhamdulillah, habis licin makanan yang dipesan..petandanya sedap!!!!...credit saya berikan pada pengusaha kedai makan tersebut. Seterusnya kami memulakan perjalanan kami ke MCKK. Tetamu kagum melihat bangunan utama yang tersergam indah. Berhenti dan sesi fotografi. Tidak jauh dari situ terdapat pokok getah tertua di Malaysia. Sejarahnya ada 9 anak pokok yang di bawa tapi hanya satu sahaja yang hidup...dan sekarang masih hidup subur bersebelahan bangunan Pejabat Tanah & Daerah.

Cuaca cukup nyaman pagi ini. Destinasi kami seterusnya adalah ke Masjid Ubudiah...antara masjid yang terindah di negara kita ini....terasa bangga bila melihat paratetamu kami terpegun melihat senibinanya yang unik. Mengikut sejarahnya, masjid ini di bini oleh Sultan Idris bagi membayar nazar setelah baginda sihat dari penyakitnya. Pembinaannya terhenti bila mana 2 ekor gajah baginda iaitu Kulup Chandan dan Kulup Gangga bergaduh hingga batu marmar yang dibawa dari Itali itu pecah dipijak gajah tersebut sepanjang pertarung sengit itu.......

Untuk mengetahui lebih banyak cerita-cerita dan tempat-tempat menarik di Kuala Kangsar ini sila hubungi kami. Insyallah kami akan membawa Kuala kangsar kepada anda dari sudut penduduk tetap yang lahir, membesar dan hidup di sini....lebih raw!!!!....lebih telus......lebih interesting...!!!...lebih KUALE!!!!

Moh kite Kuale Yeop!!!!..kite bawok Yong sekali...!!!!


Wednesday 1 August 2012

Sentosa Villa, Taiping


Destinasi kami seterusnya adalah bandar Taiping yang terkenal sebagai bandar warisan. Taiping mempunyai sejarah unggul yang sudah terpahat dalam lipatan sejarah tanah air. Banyak perkara pertama berlaku di sini dan kalau tak silap saya ada 30 perkara. Antaranya keretapi tanah melayu pertama terbina di Taiping.
Cuaca yang panas di tambahkan dengan puasa Ramadhan membuatkan saya dan Amy mencari tempat yang redup dan sesuai untuk istirehat. Sepatutnya arah tuju kami adalah ke Lake Town Bukit Merah tetapi bila terpandang papan tanda " SENTOSA VILLA" stereng kereta saya seolah-olah dibuai bayu untuk terus menuju ke sana....

Sentosa Villa merupakan mini resort yang mempunyai senibina yang mengkagumkan, terletak di antara Bukit Maxwell dan Taiping Lake Garden (taman tasik pertama dibina sewaktu era kolonial British). Suasana amat nyaman dengan anak sungai jernih bak kaca membuatkan kami terpesona. Semestinya menjadi pilihan bagi sesiapa pun yang ingin mencari tenang damai disini.
Ketibaan kami di sambut mesra pengurus resort iaitu Encik Ashraf. Boleh di anggap individu yang berkhemah tinggi kerana walaupun sedang bercuti tapi masih meluangkan masa untuk kami dengan memberikan sedikit penerangan berkenaan resort Sentosa Villa. Dengan diiringi pekerja yang sememangnya mesra pelanggan kami di bawa bersiar sekitar kawasan resort. Memang mempesonakan dengan alamsemulajadi yang masih "raw". Pertamanya kami di bawa melawat ke bilik hotel dan chalet. Bahasa mudahnya " AMAT SELESA" dan " BERCITARASA TINGGI".Antara penginapan yang ditawarkan di sini adalah deluxe villa,honeymoon villa,family villa,bungalow,standard room,superior room,junior suite,family classic dan family premier.

Udara segar di sini membuatkan kami terasa bertenaga walaupun di waktu tengahari yang terik. Redup pepohon hijau dengan bunyi ungas membuatkan kami terasa ingin berada lebih lama di sini. Tidak dilupakan juga anak sungai dari air terjun berhampiran amat jernih..membuatkan fikiran saya melayang terkenang kenangan indah sewaktu mandi manda bersama teman-teman kuliah di air terjun Berkelah,Pahang. Sesuatu yang menarik, kita boleh lihat ikan berenang bebas di sini...terasa nak terjun je ...hehehe...memang best...sesuai untuk mandi manda seisi keluarga. Airnya yang cetek tidak membahayakan kepada anak-anak kecil.



Secara keseluruhannya landskap di Sentosa Villa amat cantik dan mengkagumkan. Di tambahkan pula dengan penginapan yang amat selesa..saya amat yakin sesiapa pun akan terpanggil ke mari. Harga yang berpatutan dangan makanan lazat dihidangkan membuatkan kita terasa ingin tinggal lebih lama di sini.















Apa-apa pun Sentosa Villa adalah antara destinasi wajib bagi anda yang berniat untuk bercuti ke bandar Warisan Taiping. Selesa,damai,tenang dan jauh dari hingga binggar kota membuatkan kita terbuai di sini. Di samping itu juga ia merupakan lokasi yang amat strategik kerana jaraknya amat hampir dengan destinasi menarik lain di bandar Taiping.

Antaranya:-
Maxwell Hill                       0.1km
Burmese Pool                     0.2km
Taiping War Cemetery        0.3km
Taiping Lake Garden           0.5km
Taiping Zoo                         0.5km
Taiping Museum                  1.0km
Taiping Clock Tower           1.5km
Kota Ngah Ibrahim              9.0km
Matang Mangroover Forest   11km



Saturday 30 June 2012

Syamille Agro Farm & Resort

Destinasi kami seterusnya adalah Syamille Agro Farm & Resort. Bahasa ringkasnya boleh saya katakan resort ini adalah "SUPERB". Saya sebagai anak jati Kuala Kangsar sendiri tidak menyangka ada resort secantik ini di tempat saya. Mungkin kerana terbiasa didedahkan dengan destinasi popular  menyebabkan saya terlepas pandang akan resort ini.
Pada awalnya dibina kerana hobi dan tempat percutian peribadi. Namun mungkin kerana ingin berkongsi rasa tenang bercuti di tepi kaki bukit dengan anak sungai mengalir menyebabkan pemilik membuka resort ini kepada pengunjung. Lanskapnya memang hebat kerana tidak langsung mengganggu persekitaran alam semulajadi. Yang menariknya resort ini menggunakan element batu dan kayu sebagai asas. Kayu landasan keretapi lama digunakan secara meluas di sini...memang MENGANCAM..amat sesuai bagi si peminat kayu dan seni taman....sesuatu yang merugikan sekiranya tidak bermalam di sini kerana suasana nyaman kaki bukit boleh membuatkan kita lebih tenang dan tenteram....
Selain lanskap yang begitu menarik,pengunjung juga boleh melawat haiwan ternakan seperti rusa,kambing,burung merak, lebah dan juga haiwan eksotik seperti landak. Ini sudah pasti akan menarik minat anak-anak kecil kita dan juga berpeluang untuk lebih dekat dengan haiwan tersebut dengan diiringi petugas yang bertauliah.
Satu lagi daya tarikan di sini adalah buah-buahan tempatan. Macama-macam ada......hehe...cempedak, nangka, limau nipis, dokong, mata kucing,durian, rambutan, langsat, kelapa muda, limau madu, belimbing dan jambu batu. Pengunjung yang menginap di sini boleh menikmati buah-buahan tersebut secara percuma sekiranya tiba musim buah....mudah sahaja..petik sendiri dan makan....kena lak tepi sungai...perggghhhhh!!!!...memang masyukkkkk!!!!...
Saya juga difahamkan ada 15 pelajar tahfiz yang dibiayai penuh oleh pemilik resort ini dan dikenali sebagai Ma'had Tahfiz AnNuri. Amat sesuai bagi penghafal Al-Quran untuk mengingati setiap baris ayat suci kerana susana tenang damai di sini. Di kelilingi hijau daun,kicauan burung dan bunyi air sungai yang begitu mengasyikan.
Secara peribadi saya amat-amat berpuas hati dengan Syamille Agro Farm & Resort. Lanskap yang indah,bersih,teratur dan juga suasana persekitaran yang menenangkan.Tidak dilupakan juga adalah layan mesra para pekerja. Resort ini amat sesuai untuk aktiviti keluarga kerana melangkah masuk sahaja kita sudah merasai kelainannya. Bagi memudahkan pengunjung yang bercuti, pihak resort ada menyediakan pakej makanan dan juga pakej BBQ.
Jadi apa tunggu lagi...JOM KITE BERCUTI DI SINI.....confirm BEST!!!!!!!!!!!....RELAKS...DAN TENANG!!!!!!!!!!!.....

Saturday 23 June 2012

CitaCita Village

Salam semua....pencarian destinasi menarik di sekitar Kuala Kangsar dan Lenggong baru bermula. Mungkin ada sesuatu yg "extra ordinary" yang boleh dikongsi bersama. Jadi saya memulakan pencarian dan harap-harap boleh diketengahkan dan dibuat pakej yang bersesuaian. Tanjung Harapan Chalet merupakan destinasi pertama saya. Dengar nama pun dah gempak tapi malang masa tak mengizinkan, kena naik bot ke sana. Nasib baik ada papan iklan di jeti dapatlah ambil nombor telefon empunya chalet. Apa-apa pun saya akan kembali lagi ke sini...........
Seterusnya kami ke CitaCita Village yang tak jauh jugak dari Jeti Tanjung Harapan ....alhamdulillah dapat hubungi Kak Yah dan suami, Encik Aziz...Seperti dijanjikan pasangan tersebut sampai ..bukak je pintu pagar  saya dah teruja melihat lanskap yang memang kampung sungguh...suasana perkampungan melayu di tepi tasik..."SUPERB"...!!!!!!!!! ada 5 buah rumah Melayu Perak di situ....antaranya rumah bumbung limas,rumah bujang dan rumah kutai...memang MENARIK!!!!!!!!!!!!!!
Pemandangan sekitar memang mengkagumkan..nyaman dan tenang....langsung tiada bunyi kenderaan mahupun hiruk-pikuk orang ramai....amat sesuai untuk menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan hidup di alam nyata....
Saya difahamkan oleh Encik Aziz, kebanyakan tetamu adalah "Mat dan Minah Salleh" dan jugak kaum Cina dari KL dan Singapura.... boleh dikatakan serata dunialah customer En.Aziz ni....mungkin dia orang mencari sesuatu yang berbeza..sesuatu yang tak dapat di tempat lain....jadi sesiapa yang berminat untuk menginap di sini akan ada 2 pilihan..sama ada memilih untuk tinggal di Chalet Ala kampung Konsep (CitaCita Village) atau pun bercuti di pulau di tengah tasik (SukaSuka Lake Retreat) yang mengambil masa 10 minit menaiki bot dari jeti. Istimewanya di pulau tersebut..kemudahannya adalah "very basic"...tiada kipas angin dan air-cond untuk mengekalkan suasana "natural" alam semulajadi. Jadi sesiapa yang menginap di situ boleh diibaratkan "King of The Island"...sebab memang "isolated"....tiada orang lain cuma bersahabat dengan alam je....hehehe...

Penginap boleh memilih pakej 2D1N ataupun 3D2N lengkap dengan pakej makan sekali.Yang bestnya masakan adalah air tangan Kak Yah sendiri...masakan melayu tradisional...memang sedap..yang kelakarnya ada pelanggan mat salleh beri rating 9.5....hehehe..gulai tempoyak...Berkenaan aktiviti, Encik Aziz ada menawarkan pakej memancing,melawat sekitar tasik dan berkayak. Sekiranya ada permintaan pihak chalet boleh mengadakan persembahan kompang dan yang terbaru atas cadangan saya sendiri persembahan Cak Lempong...yang ni memang best..ASYIK dan TERASA di alam KAYANGAN je.....
Apa yang boleh disimpulkan di sini....tempat ini memang menarik dan teruja bagi siapa yang meminati suasana alam semulajadi....udara nyaman..bunyi burung berkicauan...daun-daun kering berguguran..dan juga bunyi cengkerik akan sentiasa menemani anda disini...saya yakin ini memang DESTINASI PILIHAN!!!!!!!!!!....